Alhamdulillah.Dengan izin Allah yang telah memberi kekuatan kepada saya,hambanya yang tidak layak memohon apa-apa lagi nikmat terhadapNya,akhirnya dapat saya bina satu lagi pelan impian kehidupan saya yang saya idam-idamkan selama ini.Agak lama juga saya memasang khemah impian ini.Seingat saya seawal saya mencecah di usia 14 tahun tetapi apakan daya ianya hanya hangat-hangat tahi ayam.
Insya-Allah,dalam peredaran zaman yang maju dan canggih ini,saya akan berusaha mengambil sudut dunia tanpa sempadan sebagai medan saya untuk berkomunikasi dengan dunia secara lebih global.Blog barakah ini akan menjadi paip tercanggih untuk menyalurkan pemikiran-pemikiran saya buat tatapan dunia seantero dan pada masa yang sama ia menjadi alat motivasi diri untuk memperbaiki diri sendiri menjadi yang lebih baik sepanjang masa.
Dengan ini,saya mengumumkan bahawa saya amatlah berhajat tunjuk ajar anda yang baik hati agar blog ini akan menjadi salah satu sudut maya yang mesti ditatap oleh setiap orang.Amin...
![]() |
| ingin menjadi pelajar cemerlang |

No comments:
Post a Comment