Tuesday, 31 January 2012

I always wonder why?

Kenapa saya mahu menulis?

Rasa kelakar agaknya teringatkan diri sendiri yang sangat lemah dalam penulisan sewaktu di bangku sekolah.Ya,saya bukanlah pelajar yang kreatif dan bijak dalam penulisan dan antara subjek yang menggerunkan ataupun saya gelarkannya sebagai killer subject saya ketika setiap kali musim peperiksaan ialah subjek bahasa.Tidak kiralah sama ada Bahasa Inggeris,Bahasa Arab mahupun Bahasa Malaysia semuanya menjadi masalah kepada saya walaupun saya bergelar anak Melayu tulen.

"Ehh,betul ke?"
"Ya dan sememangnya ya".Dengan tegas saya saya menjawabnya.

Tetapi itu tidaklah mematahkan semangat saya untuk terus berjaya dalam bidang ini kerana saya percaya saya masih ada langit peluang yang terbentang luas dan waktu yang setia pada prinsipnya untuk terus memperbaiki kelemahan saya.Ya,saya harus berusaha dan terus bekerja keras terhadap diri saya sendiri.There's no gain when there's no pain! telah membakar ruh muda saya.Dan sememangnya Allah tidak akan mengubah diri saya melainkan saya mengubahnya sendiri.Betul tak?

Oh,kembali kepada pokok persoalan tadi.Saya harus berterima kasih kepada Ustazah Amani binti Dahlan kerana telah membakar semangat dan menggentalkan lagi jiwa muda saya ini untuk MENULIS!.Kata-kata beliau yang penuh hikmah dan lemah lembut masih terngiang-ngiang dalam benak pemikiran ini.Saya percaya peserta-peserta Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan(JDK) yang lain masih mengingatinya.

"Menulis untuk menyampaikan sesuatu kerana deen"



peserta muda mudi yang tegar







Kenapa Wandering His Wonderment menjadi pilihan saya?


Kenapa agaknya ya?Anda ada jawapan untuk ini?


YA kerana saya ialah seorang yang terlalu inginkan jawapan untuk setiap tindakan,arahan,peraturan atau apa-apa sahaja persoalan yang menghairankan yang timbul di benak.Selagi mana saya tidak memahami sesuatu itu,saya pasti mengoreknya,menggerudinya sehingga memuaskan hati saya.Saya amat mengalu-alukan sebarang diskusi ilmiah dan bukannya debat kosong sahaja untuk manfaat bersama insya-Allah.Ayuh,mari menjadi teman diskusi saya!>>


"Kenapa saya harus buat begini?"
"Kenapa boleh jadi begini,cikgu?"
"Kenapa solusinya begitu?Ada jalan yang lain?"

sebuah diskusi yang hebat!



Alhamdulillah.Allah Yang Maha Kaya telah mengilhamkan saya satu nama yang unik bagi saya dan menepati selera saya.Hebatnya Allah Yang Maha Memahami hambaNya.


Wondering His Wonderment membawa maksud yang cukup indah dan sempurna pada pandangan saya iaitu 'Mengembara Keajaiban-Nya'.
Insya-Allah,penulisan saya di sini tidak meletakkan apa-apa genre dan ianya lebih bersifat terbuka.Saya juga tidak segan-segan meletakkan sebarang kajian dan penyelidikan saya untuk tatapan umum.Moga-moga anda mendapat sesuatu.




'DAN ALLAHLAH YANG LEBIH MENGETAHUI'




~monolog hati:sebarang cadangan,komen dll tentang blog ini amatlah dialu-alukan dari saya.Mari komen saya,ya!
Doakan saya.Moga Dia redha..<<Amin>>


::mak cik fadhilah,saya belum menemukan jawapan untuk soalan mak cik dalam lingkungan tempoh hari.Masih meng'google' untuk mencarinya.


"Kenapa ikan di laut tidak masin?"





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...