Tuesday, 31 January 2012

I always wonder why?

Kenapa saya mahu menulis?

Rasa kelakar agaknya teringatkan diri sendiri yang sangat lemah dalam penulisan sewaktu di bangku sekolah.Ya,saya bukanlah pelajar yang kreatif dan bijak dalam penulisan dan antara subjek yang menggerunkan ataupun saya gelarkannya sebagai killer subject saya ketika setiap kali musim peperiksaan ialah subjek bahasa.Tidak kiralah sama ada Bahasa Inggeris,Bahasa Arab mahupun Bahasa Malaysia semuanya menjadi masalah kepada saya walaupun saya bergelar anak Melayu tulen.

"Ehh,betul ke?"
"Ya dan sememangnya ya".Dengan tegas saya saya menjawabnya.

Tetapi itu tidaklah mematahkan semangat saya untuk terus berjaya dalam bidang ini kerana saya percaya saya masih ada langit peluang yang terbentang luas dan waktu yang setia pada prinsipnya untuk terus memperbaiki kelemahan saya.Ya,saya harus berusaha dan terus bekerja keras terhadap diri saya sendiri.There's no gain when there's no pain! telah membakar ruh muda saya.Dan sememangnya Allah tidak akan mengubah diri saya melainkan saya mengubahnya sendiri.Betul tak?

Oh,kembali kepada pokok persoalan tadi.Saya harus berterima kasih kepada Ustazah Amani binti Dahlan kerana telah membakar semangat dan menggentalkan lagi jiwa muda saya ini untuk MENULIS!.Kata-kata beliau yang penuh hikmah dan lemah lembut masih terngiang-ngiang dalam benak pemikiran ini.Saya percaya peserta-peserta Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan(JDK) yang lain masih mengingatinya.

"Menulis untuk menyampaikan sesuatu kerana deen"



peserta muda mudi yang tegar







Kenapa Wandering His Wonderment menjadi pilihan saya?


Kenapa agaknya ya?Anda ada jawapan untuk ini?


YA kerana saya ialah seorang yang terlalu inginkan jawapan untuk setiap tindakan,arahan,peraturan atau apa-apa sahaja persoalan yang menghairankan yang timbul di benak.Selagi mana saya tidak memahami sesuatu itu,saya pasti mengoreknya,menggerudinya sehingga memuaskan hati saya.Saya amat mengalu-alukan sebarang diskusi ilmiah dan bukannya debat kosong sahaja untuk manfaat bersama insya-Allah.Ayuh,mari menjadi teman diskusi saya!>>


"Kenapa saya harus buat begini?"
"Kenapa boleh jadi begini,cikgu?"
"Kenapa solusinya begitu?Ada jalan yang lain?"

sebuah diskusi yang hebat!



Alhamdulillah.Allah Yang Maha Kaya telah mengilhamkan saya satu nama yang unik bagi saya dan menepati selera saya.Hebatnya Allah Yang Maha Memahami hambaNya.


Wondering His Wonderment membawa maksud yang cukup indah dan sempurna pada pandangan saya iaitu 'Mengembara Keajaiban-Nya'.
Insya-Allah,penulisan saya di sini tidak meletakkan apa-apa genre dan ianya lebih bersifat terbuka.Saya juga tidak segan-segan meletakkan sebarang kajian dan penyelidikan saya untuk tatapan umum.Moga-moga anda mendapat sesuatu.




'DAN ALLAHLAH YANG LEBIH MENGETAHUI'




~monolog hati:sebarang cadangan,komen dll tentang blog ini amatlah dialu-alukan dari saya.Mari komen saya,ya!
Doakan saya.Moga Dia redha..<<Amin>>


::mak cik fadhilah,saya belum menemukan jawapan untuk soalan mak cik dalam lingkungan tempoh hari.Masih meng'google' untuk mencarinya.


"Kenapa ikan di laut tidak masin?"





Monday, 30 January 2012

Saya Budak Baru Belajar,Ambil Galah Tolong Jolokkan

Alhamdulillah.Dengan izin Allah yang telah memberi kekuatan kepada saya,hambanya yang tidak layak memohon apa-apa lagi nikmat terhadapNya,akhirnya dapat saya bina satu lagi pelan impian kehidupan saya yang saya idam-idamkan selama ini.Agak lama juga saya memasang khemah impian ini.Seingat saya seawal saya mencecah di usia 14 tahun tetapi apakan daya ianya hanya hangat-hangat tahi ayam.

Insya-Allah,dalam peredaran zaman yang maju dan canggih ini,saya akan berusaha mengambil sudut dunia tanpa sempadan sebagai medan saya untuk berkomunikasi dengan dunia secara lebih global.Blog barakah ini akan menjadi paip tercanggih untuk menyalurkan pemikiran-pemikiran saya buat tatapan dunia seantero dan pada masa yang sama ia menjadi alat motivasi diri untuk memperbaiki diri sendiri menjadi yang lebih baik sepanjang masa.

Dengan ini,saya mengumumkan bahawa saya amatlah berhajat tunjuk ajar anda yang baik hati agar blog ini akan menjadi salah satu sudut maya yang mesti ditatap oleh setiap orang.Amin...

ingin menjadi pelajar cemerlang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...